Sunday, October 30, 2011
Anda di Mata Orang Lain
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka
seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia
bertanya kepada hadirin, “Siapa yang nak duit ini?”. Kelihatan ramai
penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat. “Saya akan berikan
ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya pe...rkenankanlah
saya buat ni dulu.” Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu
diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?” Jumlah tangan yang mengangkat tak
berkurang. “Baiklah,” jawabnya, “Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan
dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan
amat renyuk. "OK, sekarang masih ada yang berminat?”. Tangan-tangan
yang angkat ke atas masih tetap banyak. Hadirin sekalian, Anda baru
saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan
wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan
mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap
bernilai RM100 juga.. Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali
terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat
& situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu. Dalam
keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Padahal
apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan
nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata
Tuhan. Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai
yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa,
terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya
iman dan takwa yang membezakan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment