Tuesday, February 1, 2011

SamPaikahlaH..

KUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 HARIBULAN ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI PADANG ARAFAH
WAHAI MANUSIA!

Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

WAHAI MANUSIA!
Seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Islam itu amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat penghitungan ke atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

WAHAI MANUSIA!
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu, maka mereka juga mermpunyai hak keatas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

WAHAI MANUSIA!
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah. Dirikanlah solat lima waktu sehari semalam. Berpuasalah dibulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap orang islam yang lainya. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih muliandari yang lainya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah! Kamu akan menggangap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awaslah! Agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

WAHAI MANUSIA!
Tiada ada lagi nabi & rasul yang akan datang selepasku dan tak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-mu kepada hamba-hambamu.

No comments:

Post a Comment